Wednesday, 21 March 2012

Penulisan Pendahuluan Karangan

JENIS - JENIS PENDAHULUAN KARANGAN



Pengenalan .
Pendahuluan karangan merupakan elemen penting dalam penulisan sesebuah karangan . Pendahuluan yang menarik , mampu mengugah minat pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka.  
Terdapat 7 jenis pendahuluan karangan iaitu :-
Pendahuluan  bentuk isu semasa,  bentuk definisi  , bentuk persoalan, bentuk statistic atau perangkaan,
Bentuk suasana,  bentuk isu semasa , dan bentuk peribahasa .
Berikut adalah beberapa contoh pendahuluan berdasarkan tajuk “ Kes jenayah di Malaysia ”

Pendahuluan jenis definisi
- Dalam penulisan pendahuluan jenis ini, murid perlu memberikan definisi atau takrifan terhadap tajuk karangan.
> Kamus Dewan edisi ketiga  mentakrifkan perkataan jenayah sebagai perbuatan jahat atau yang salah disisi undang-undang . Terdapat  bebrapa contoh kes jenayah seperti mencuri, merompak, membunuh dan yang terbaru pemerdagangan manusia .
Pendahuluan jenis persoalan . 
- Penulisan pendahuluan jenis  persoalan  memerlukan murid membina  pertanyaan dengan menggunakan kata Tanya seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana  pada bahagaian pendahuluan .
> Masalah jenayah sering diperkatakan dalam media massa sama ada akhbar atau televisyan. Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah? Kenapakah jenayah sering berlaku?. Siapa yang terlibat dan  bagaimanakah masalah ini boleh diatasi?


Pendahuluan jenis statistik /perangkaan
- Murid-murid perlu menyatakan perangkaan yang tepat brdasarkan sumber tertentu jika hendak menulis pendahuluan jenis ini .
> Penurunan indeks jenayah sebanyak 11 peratus yang direkodkan pada tahun 2011 membolehkan Malaysia diiktiraf oleh Indeks Keamanan Global 2011 sebagai antara negara paling aman dan selamat di Asia Tenggara . Indeks  Keamanan Global  meletakkan Malaysia pada tangga ke 19 daripada 153 negara yag dikaji .

Pendahuluan jenis cerita / suasana  
- Murid perlu menimbulkan satu situasi yang  boleh dikaitkan dengan tajuk.
> Dari kejauhan dia sudah nampak bumbung rumah penduduk-pendudk kampung. Dia berasa lega. Namun sesekali pancaran kilat diikuti dentuman guruh membuatkan dia tersentak. Dia hanya mampu bertawakkal di dalam hati. Kayuhannya diperlahankan apabila menghampiri satu selekoh. Tiba-tiba tubuhnya melayang jatuh dari basikal apabila sepasang tangan memautnya dari arah belakang.
Ya Allah, apa ni? Dia terjerit . 

Pendahuluan jenis isu semasa .
- Murid-murid perlu ada pengetahuan yang luas tentang isu-isu semasa yang berlaku dan mengaitkan isu tersebut dnegan kehendak soalan .
> Sejak akhir-akhir ini, kes jenayah yang berlaku sering menjadi paparan  muka depan dalam media massa  sama ada media elektronik atau media cetak . Jenayah seperti membunuh, membuang bayi, merogol , pemerdagangan manusia dan mengedar dadah seolah-olah tidak terkawal lagi . Pihak bertanggungjawab seperti  pihak  berkuasa, NGO dan masyarakat perlu sama-sama berganding bahu untuk membendung masalah  ini daripada terus menular .                     

Pendahuluan  jenis berita.
-Murid-murid boleh mengunakan tajuk-tajuk utama berita sebagai  pendahuluan .
>  “ Remaja 15 tahun ditangkap buat kali ketiga kerana melacur ”  dan “ Cabul : Lelaki dipenjara lima tahun dengan 3 sebatan ”. Itulah antara dua paparan di dada akhbar  yang mengundang pelbagai spekulasi dan pandangan masyarakat .

Pendahuluan jenis peribahasa .  
- Murid-murid boleh memasukkan peribahasa yang sesuai dalam pendahuluan
> “Harapkan pagar, pagar makan padi” , itulah peribahasa yang paling sesuai  dikaitkan dengan sikap sesetengah ahli keluarag terutama datuk, bapa, abang dan bapa saudara pada masa kini yang terlibat dengan jenayah sumbang mahram .  Kini ahli keluarga bukanlah lagi orang paling selamat untuk bergantung kerana silap percaturan merekalah pula yang membawa kebinasaan   .

             “ Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah jatuh, tetapi orang yang berani bangkit semula setiap kali dia jatuh .”

Selamat mencuba dan semoga berjaya .
jj/smkpb/04022012      
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...